PILIHAN REMPAH RATUS TERBAIK



KULIT KAYU MANIS

Pilihan rempah ratus kami dalam AXTIGO adalah KULIT KAYU MANIS yang terhasil dari kulit pokok Cinnamomum. Minyak yang terhasil dalam kayu manis. Bahan ini bertanggungjawab untuk memberi kesan yang baik terhadap kesihatan dan meningkatkan metabolisma tubuh. Selain itu, ia juga sering digunakan di dalam masakan untuk menaikkan aroma yang memberi tenaga dan unsur positif dalam diri.

(i) Anti-oksida paling tinggi berbanding rempah ratus lain -  Ia digunakan bertujuan untuk melindungi tubuh daripada radikal-radikal bebas. Kulit kayu manis penuh dengan bahan anti-oksida yang kuat seperti polyphenols.
Dalam satu kajian dalam membandingkan aktiviti anti-oksida dari 26 jenis rempah ratus, kulit kayu manis menerajui kebaikan yang ada dalam bawang putih dan  herba oregano.

(ii) Bahan anti-radang yang kuat - Ia  membantu melawan jangkitan dan juga memperbaiki tisu-tisu yang rosak. Ini amat penting kerana jika dibiarkan, keradangn akan menjadi masalah yang kronik dalam jangka masa yang panjang kerana secara tidak langsung akan ditujukan terhadap tisu badan.

(iii) Mengurangkan risiko sakit jantung Penggunaan 1gram sehari kulit kayu manis pada setiap hari memberi kesan yang baik terhadap penanda aras darah, penurunan kolestrol LDL, trigliserida dan kolestrol HDL tetap stabil. Selain itu, 129 mg dos kulit kayu manis sehari turut memberi kesan terhadap penurunan kolestrol jahat di samping meningkatkan kolestrol baik. Dalam kajian terhadap haiwan, kulit kayu manis telah membuktikan pengurangan tekanan darah dan setelah digabungkan, semua faktor-faktor ini secara amnya dapat digunakan untuk mengurangkan tekanan darah.

(iv) Mengurangkan paras gula dalam darah dan sebagai anti-diabetes. Bahan aktif dalam kulit kayu manis bertindak meniru fungsi insulin dalam badan dan membantu mencernakan gula dan karbohidrat. Ujian terhadap manusia mengesahkan  kesan anti-diabetes bahawa kulit kayu manis memiliki keupayaan untuk menurunkan paras gula sehingga 10-29% (Kirkham et al., 2009; Pham et al., 2007; Mang et al., 2006).

(v) Perlindungan terhadap kanser. Kanser merupakan penyakit yang serius disebabkan oleh pertumbuhan sel di luar kawalan. Bahan aktif dalam kulit kayu manis bertindak dengan mengurangkan pertumbuhan sel-sel kanser dan perbentukan darah di dalam tumor.

·        (vi) Membantu menghalang bakteria dan jangkitan kulat. Bahan aktif cinnamaldehyde dalam kulit kayu manis turut membantu dalam usaha untuk melawan pelbagai jenis infeksi. Minyak terhasil dari kulit kayu manis secara efektifnya telah merawat infeksi pada sluran respirasi yang disebabkan kulat. Selain itu, ia turut mrnghalang pertumbuhan bakteria termasuk ‘Listeria’ dan ‘Samonela’(Singh et al., 1995; Ooi et al., 2006).



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SALACIA RETICULATA

KENAPA KAMI MEMILIH BUAH BLACCURRENT DAN BUKAN BUAH LAIN UNTUK AXTIGO (PENAWAR PENYAKIT 3 SERANGKAI)