MENGAPAKAH KAMI MENGGUNAKAN POKOK MANIS STEVIA BERBANDING GULA BIASA DI DALAM AXTIGO
Stevia adalah pengganti gula
yang diekstrak dari pokok Stevia rebaudiana yang berasal dari Brazil dan
Paraquay. Rasa manis yang dihasilkan oleh stevia adalah disebabkan oleh 8 jenis
glycosides yand terdapat di dalamnya yang dikenali sebagai stevioside,
rebaudioside A,C, D, E dan F, steviobioside dan dulcoside.
Mengawal diabetes
Kajian menunjukkan stevia tidak menyumbang kalori atau karbohidrat
untuk diet dan tidak memberi kesan terhadap kandungan gula dalam darah atau
tindak balas insulin. Oleh itu, penggunaan stevia dapat membantu pesakit diabetes untuk
menikmati lebih banyak jenis hidangan makanan yang mematuhi pelat diet yang
sihat.
Memudahkan proses pencernaan
Stevia mempunyai Steviol glycosides yang sukar diserap oleh badan, jadi stevia akan melalui saluran
usus tanpa dicerna. Apabila steviol glycosides sampai ke kolon, bakteria usus akan
menukarkan steviol glycosides kepada steviol. Steviol akhirnya dimetabolismakan oleh hati sebelum dikeluarkan melalui
urin sebagai bahan kumuh. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa tiada pengumpulan stevia atau
mana-mana hasil perkumuhan stevia yang tertinggal di dalam badan semasa proses metabolisma. Disebabkan stevia tiada kalori, pencernaan stevia tidak meningkatkan
kadar gula dalam darah atau tahap insulin apabila dicernakan.
Mencegah kanser pancreas
Stevia mengandungi banyak agen antioksida termasuklah kaempferol,
quercetin, chlorogenic acid, caffeic acid, isoquercitrin dan isosteviol. Kajian telah membuktikan bahawa bahan antioksida kaempferol telah
terbukti dapat mengurangkan risiko
terkena kanser pancreas.
Mengurangkan tekanan darah tinggi
Kajian telah membuktikan bahawa kandunagn glycosides tertentu di dalam
stevia membantu untuk membesarkan salur darah, meningkatkan pembuangan sodium (garam)
dan urin. Dalam dos yang lebih tinggi, stevia berpontensi membantu mengurangkan
tekanan darah tinggi. Stevia juga dipercayai mempunyai tindak balas cardiotonic yang membantu
menormalkan tekanan darah dan mengawal degupan jantung.
Ulasan
Catat Ulasan